MPPM meraikan Graduan pada Majlis Konvokesyen KLTVET kali ke 4/2024
Seramai 100 peserta yang mengikuti program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL) dari pelbagai bidang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) kali Ke-4 tahun 2024 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras pada Ahad.
Institusi KLTVET, yang bernaung di bawah Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM), telah berjaya melaksanakan Program Peningkatan bagi Individu Dewasa Bekerja Tanpa Sijil untuk Mendapatkan Diploma Profesional melalui Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL
Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Presiden European Education Board, Prof. Dr. Graham John Baldwin, Pengerusi KLTVET, Is. Mohamed Ridzuan Mohamed Zamry, dan Ahli Majlis MPPM, Prof. Log. Ts. Is. Dr Othman Ibrahim. Turut bersama memeriahkan Majlis adalah Presiden Kebangsaan MPPM Assoc. Prof. Is. Dr. Zam@Ab Razak Zamri.
Pengerusi KLTVET, Is. Mohamed Ridzuan Mohamed Zamry berkata, jumlah itu menzahirkan komitmen KLTVET dalam memacu pemerkasaan TVET aras tinggi negara.
Pada Majlis Konvokesyen tersebut Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia turut menyampaikan Anugerah Pakar Industri (Industry Specialist) Kepada Is. Hj Mat Yusof Mat Chik sebagai Pakar Dalam Industri Perancang Kewangan.
Program ini diyakini akan dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya dan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat, menghargai kebolehan mereka dan memberikan pengiktirafan yang diperlukan.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengerusi GiatMARA, Datin Anne Ngasri.